Ramadhan kareem =)


Lepas baca email skema dari Ayah, wish selamat berpuasa semua dan cakap sal package raya, saya rasa happy sangat. Susah nak explain kehappy-an yang dirasa. Nangis ok baca email tu. Sebab terharu nak mampus. Padahal biasa je. Pastu rasa cam nak berlagak dengan semua orang, "Eh aku pun dapat package raya lah!" Hehe. Apasal ntah. First time in 4 years. 4 years kot! Kalau ada anak, dah leh masuk tadika ok. Oh email ayah tu memberi satu energy positive sepanjang hari ni. Tu yang melaram tu. Harini saya pakai baju baru kasut baru dan tudung baru dan jeans baru. Sukelah! I love you Ayah!

Energy positive tu buat saya rasa nak menulis perkara positive hari ni. Tapi maybe tulisan hari ini akan bersepah-sepah sebab otak terlalu happy, macam dapat dadah. Hari ni nak compile positivity sikit, macam post tajuk Random haritu.

Rasa terharu gila bila Aini cakap. Anggaplah terpisah dengan si dia selama 4 tahun tu tanda Allah sayang sebab nak menghindarkan saya dari mendekati maksiat. Suka okayyyyyyy. That made me feel good. About myself and this relationship. I miss you Kekimps!

Bila jauh gile dari family, ayah kasi text pun nak meloncat kegembiraan. Cuba kalau kat Malaysia. Ayah text mesti tak rasa apa-apa sangat. Ayah wish birthday pun macam biasa je perasaan tu. Kan? Sebab kita tau ayah dekat. Hari hari jumpa. Feeling tu tak berapa mendalam. Bila jauh ni, fulamakkkkkk bukan main riang hati. Siapa sangka text sesimple "Good morning sayang" pun boleh buat airmata menitis. Rasa sayang sangat.

Oh. Bila jauh ni jugak saya rasa, dapat juga mengurangkan dosa dengan keluarga, especially mak ayah sebab kurang perselisihan faham yang membawa kepada melawan cakap mak ayah, sebab Nanue kuat melawan cakap mak ayah tau. Betul. Tak caye tanya adik beradik saya yang lain. Saya anggap, masa terpisah ini, mungkin kita rasa jauh sangat dari keluarga, dari boyfriend (adik-adik jangan tiru ye) dan selalu rasa ketinggalan pasal apa yang berlaku tentang diorang tapi sebenarnya, di kejauhan inilah, kita sebenarnya makin dekat diri sendiri. Kita dikira macam diberi masa 3/4/5 tahun untuk bukan saje untuk dapatkan BSc/BEng/etc, tapi indirectly, untuk kita kenal diri sendiri, cari kekuatan diri, cari kelemahan diri, berperang banyak banyak kali dengan emosi, uji diri, nangis seorang diri, ketawa seorang diri, semuanya tentang diri sendiri. Manusia ni bila jauh dengan manusia lain, makin dekat dengan diri sendiri. Walau macam mana jahat pun manusia, contohnya macam saya yang sungguh jahat ni, kalau dah takde siapa-siapa. Mak jauh ayah jauh boyfriend jauh bestest bestest bestest friend jauh, kira macam hidup sorang-soranglah. Kawan keliling memang ada, tapi kadang-kadang ada perkara kita tak rasa nak cerita dengan orang. Saya ni takde rahsia sangat pun, tapi kalau ada saya tak cerita dengan orang sangat. Selalunya simpan sorang-sorang. Sebab saya rasa rahsia ni kalau dikongsi dengan orang yang sama circle, macam akan menimbulkan syak dan fitnah sikit. Kot. Itu pendapat peribadi. Sebab tu rasa selesa sembang hal intimate dengan mak dan BitBit je, sbb orang lain tak akan rasa apa-apa bila cerita dengan mak atau BitBit. Neutral. (BitBit tu teddy bear kesukaan saya, saya tidur setiap malam dengan dia). So, bila mak jauh, kita tend to simpan sorang-sorang. Dan bila macam tu, kita macam tinggal sorang-sorang lah. Ada masalah je, tak boleh simpan, cara paling dekat, mesti cari Allah. Kan? Sekaligus, dekat dengan Dia jugak. Nampak tak?

Mengeluh lah, kata sedih jauh dengan orang-orang tersayang tapi syukurlah, kita semakin dekat dengan diri sendiri dan Dia.

Eh bersepah-sepah lah post ni. Dah cakap dah tadi, mesti huru hara. Ampun!

OK lah. Renung renungkan dan selamat beramal.
Selamat Ramadhan semua!
I love you!

8 Comments:

  1. sarah.azman said...
    awwww~~~ suke lah.. bersepah2 pun bes gak.. maybe this 4 years ni the only time yg diberi utk kenal diri sndiri kut.. semangat mahu jadi seperti anda!! :D and selamat berpuasa.. :)
    Nanue said...
    KENAPA MAHU JADI MACAM SAYA?
    JANGANNNNNNN!!!!! Tak best okayyyyy.
    Hish hish hishhhh....

    Selamat berpuasa Sarah :D
    Daffodil said...
    Asal rasa nak nangis baca post ni..

    sob3

    terharu and suka!
    mcm kaka sarah, mahu jadi macam kamu lah! :P
    Nanue said...
    Eh jgnla nangis :(

    Saya tak berniat untuk menangiskan orang tau! Tapi please lah jgn nak jadi saya! Wuuuuuuu...

    Selamat berpuasa cik adik manis sekalian <3
    atiqahmki said...
    sgt suka jugak post ni.
    samaaaaaaaaaaaaa, selalu sgt3 susah okay nak cerita dgn people in the same circle. sbb org tu knl org ni, payah2. pastu bila jauh ngn mak, kalau cite kat mak, dia risau plak. mcm mmg dah takde cara lain except pergi kat Dia. 9tp tu pon sllu je fail. huhuk).

    n yes, sgt stuju bab jg rship ngn mak ayah. huuu.

    my raya package mcm masih dlm mimpi. huhu. mak ayah mmg tak 'reti' kirim2 brg nih >.< or snanye tak tau anak dia mengharap gila. haha.
    Anonymous said...
    ina, saya pun nak nangis baca post ni.

    sebab apa yang awak cakap ni memang 100% betul.

    (sans boyfriendlah LOL)
    Nanue said...
    Ajis u nak campak mana cik Farah? HAHAHA.
    Anonymous said...
    Ajis main kayu tiga,tak guna betul HAHAHAHA

Post a Comment



Newer Post Older Post Home