Perkahwinan: My POV

Minggu ni, dah dua kali perihal perkahwinan terlintas dalam kotak minda yang makin lama dirasakan makin sempit. Sejak sekolah melabuhkan tirai, masa yang ada banyak aku isi dengan baca buku cerita, memasak, dan berfikir. Tak tahulah, semenjak dua menjak ni, banyak betul berita perkahwinan yang aku terima. Ada kawan yang dah mula mencari pasangan, ada yang nak bertunang, yang plan nak bertunang, yang bakal berkahwin setelah bertunang, yang telah pregnant, yang bakal bersalin tak lama lagi, ah. Semualah. Semua perkara yang melibatkan dua orang. Seorang lelaki, seorang perempuan dan satu ikatan yang halal. Hah. 
Biasalah, kitar hidup gadis sunti dan masih dara (bangga bangga) macam aku ni, dah habis sekolah fikir kerja. Macam post sebelum ni. Kan aku dok bising2 apa nak buat lepas ni kan? Normal lah tu kan? Nak kerja mana lepas ni? Haih. Pening. Lepas tu, pada masa yang sama, disebabkan longgokan berita perkahwinan di kiri kanan, aku pun TERfikir jugaklah pasal calon suami. Tengok gambar tunang/kahwin/baby member-member, aku pun terpanggil untuk berfikir kejap.


Tak tahulah. Kalau duduk sorang2 dan bermonolog dengan diri sendiri, secara jujurnya, aku belum bersedia nak jadi milik orang. Bukanlah secepat tahun depan, bukan 2 tahun lagi. 
Lama lagi. Lama sangat, OK. Jangan tanya aku lagi bila nak settle down. Paling awal pun lagi 5 tahun.
Mungkin ramai yang dah tahu, dan bertanya. Buat apa berkawan lama-lama, Nanue. Bukan dah 7 tahun ke? Tunggu apa lagi? 


Sejujur jujurnya, aku tak yakin dengan diri sendiri. Tak yakin dengan apa yang ada, tak yakin dengan semuanya. Banyak lagi isu dalaman yang aku kena uruskan sebelum boleh buat keputusan yang aku rasa paling besar dalam hidup. Macam mana kalau lelaki tu sebenarnya penipu? Lelaki tu sebenarnya berniat nak main-mainkan kau? Lelaki tu kaki pukul? Lelaki tu 'makan luar' lepas kahwin? Macam mana? Bersedia ke kau?
Macam mana pula kalau aku ni kaki menjawab, rebellious, dan kalau suasana kerja penuh dengan lelaki, macam mana aku nak handle fitnah yang bakal suami aku dengar? 
Tapi aku ada sebab untuk takut. Aku ada hak untuk mempersoalkan semua ni sebab dalam perkahwinan, kau pertaruhkan hati, jiwa, diri, dan segala-gala yang paling berharga yang kau ada dalam hidup ni. Risiko adalah 100%. Biarlah sayang melangit tinggi sekali pun, tapi hati jangan dibiar buta dek cinta dunia. Aku tak nak terperangkap setelah semuanya terlambat. Tak nak dan tak akan. Aku mahukan niat hidup bersama tu tidak disertai nafsu, tetapi niat seorang hamba Allah yang mencari sebahagian agamaNya. 


Aku tak takutkan tanggungjawab seorang suri. Aku takutkan niat kenapa lelaki dan perempuan berkahwin. Aku tak mahu berkahwin itu sekadar menghalal perkara, kerana kahwin punya isi yang lagi lebih. Sekarang, hari-hari aku berdoa je moga-moga satu hari berjumpa dengan si dia yang sebenar-benarnya. Kalau yang sekarang ni bukan hak aku, jauhkan saja dia dari aku. Aku doa supaya Dia tunjukkan yang dia bukan hak aku. Pernah juga terfikir. Kalau bukan itu orangnya, masa aku terbuang banyak untuk lelaki yang tak berhak. Tak adil untuk yang sebenar-benarnya berhak. Tapi aturan Dia cantik. Dijauhkan aku dari dia sejauh-jauh mungkin, dan dicampak aku beribu-ribu batu terpisah. Meminimizekan perkara2 tak elok. Boleh dikatakan, 7 tahun kami ini, macam takde intipati. Yelah, 2 tahun kat sekolah, semuanya sorok dan malu-malu lagi, takut kantoi kat cikgu. 4 tahun di sini, balik 3 bulan saja dalam tempoh 4 tahun tu. 1bulan dari 3 bulan tu, dia makan angin kat Europe. Total berjumpa sepanjang 4 tahun ni = 2 bulan. 1 tahun tu, saya kat Taylor's, dia kat Melaka. Jumpa jarang sangat sebab baru lepas SPM, duit tak ada, kereta tak ada. Susah sangat. Pulak tu, dia ada masuk PLKN dalam setahun tu. Total lepas SPM = 9 bulan. Total jumpa, gayut, spend time sama-sama dalam tempoh kenal 7 tahun ni = 11 bulan. Tak sampai pun setahun kami couple, technically. Saya berani kerat jari cakap mereka yang baru 5 bulan couple dalam universiti yang sama mungkin dah lebih banyak kali berjumpa, dan lebih kenal pasangan dari kami yang dah 7 tahun ni. Saya berani jamin. Kami punyalah jarang berjumpa, sampai kadang tu kami pernah bergurau, cakap macam ni. "Nanti KALAU kahwin, kita MSN and text lagi tau, tak biasa ah face-to-face?" Ha, sampai macam tu sekali. Rship ni 99.50% based on technology. Not our hearts, thoroughly. Tak caya pergi usha FB kami. Photos in common: 4. Itupun gambar dia  yang kawan tag aku, and gambar menarik yang aku tag dia. Actual picture of us together in a frame? DUA. Satu gambar kelas 5 Farabi dengan Cikgu Faizul Arbok, satu lagi gambar dating. Tujelah. Nampak tak betapa patheticnya kami?


Sebab tulah, kalau ditanya bila nak settle down, aku ragu-ragu lagi. 7 tahun nampak macam lama, tapi sebenarnya takde isi. Aku kenal dia, tapi aku tak kenal dia. Faham tak? Ah. Korang maybe tak faham. 
Distance ni sebenarnya boleh diview dari dua point of view. 1. Allah nak menunjukkan dia bukan untuk aku. ATAU 2. Allah sayang, sebab tu Dia letak kami jauh lama-lama, tapi stay jugak sampai sekarang sebab nak minimize perkara tak baik.
Ha, pilih lah mana yang kau rasa bertepatan. Dan inilah part paling mencabar sekali.


Ultimately, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, kan? Begitulah sebaliknya. At the end of the day, kalau aku dok fikir-fikir sangat pun bukan dapat jawapan, atau selesaikan apa-apa. Ini semua aturanNya. Redha jelah. So, aku fikir, kalau aku jaga diri, iA yang baiklah yang Tuhan beri. Kalau perangai aku ni macam hantu, siap sedialah. Tapi seriously, bila fikir dalam-dalam pasal kahwin dan things that go along with it, memang rasa tak nak kahwin langsung ah. Sebab tu aku cakap lambat lagi. Aku rasa aku takkan kahwin sampai aku 150% ready. Banyak sangat cerita aku dengar yang menggoyang keyakinan aku terhadap kesucian and kekuatan institusi perkahwinan ni. Bila dok fikir, aku rasa bila niat kahwin tu tak betul, itulah yang buat rumahtangga jadi tak tentu arah. Semua kahwin sebab tak tahan, sebab nak tutup mulut saudara mara, sebab nak ikut arus semasa, sebab dah lama sangat couple, sebab nak 'buat'. Bukan sebab Dia. Sebab tu aku rasa, niat kahwin tu kena betul, dan bila aku dah rasa aku dah sampai niat tu, barulah aku akan say 'yes'. 

OKlah kawan-kawan. Tu je nak sembang malam ni. Sorry panjang sangat, dah kata topik kawin, memanglah jadi draggy kan. Semoga orang2 yang baca post ni doakan saya dapat jodoh yang baik-baik dan saya mendoakan korang pun dapat jodoh yang baik-baik juga. Doakan saya dapat jodoh yang baik tau, bukan doakan saya stay dengan yang sekarang ni, manalah tau ini bukan yang terbaik? Kalau ya, alhamdulillah.. Kalau bukan, jauhkan dia. Pada yang dah kahwin, semoga berkekalan sehingga anak cucu, dan tahniah. Kepada yang belum berkahwin, mari mencari dan yakin dgn ketentuan Dia. Pada yang tak nak fikir dulu sebab belum lagi SPM, doakanlah kakak ini dan pembaca-pembaca yang lain, ameen...
OK, salam semua. Tata!


p/s: Subuh tadi bangun dengan kerak di  tepi bibir sebab air liur, maka sahlah! Aku tak ready nak ada mamat lain sebelah ni. Ngeri dia tengok bini nya yang jijik ini.

9 Comments:

  1. Daffodil said...
    jgn lupe tulis utk episod kedua pulak k?
    :) :) :)

    insyaAllah moga Allah satukan kita semua dgn another half bila sampai waktu dan saatnya..dan juga dalam keadaan yg baik..
    ameen ya Allah..
    Diyana Shah said...
    it's damn long and it's in malay, and I LOVE IT !!

    you definitely got the message across, and some parts rasa mcm we're thinking of the same things in our minds. like mmg sayang, but mcm, is he really THE ONE ? but at the same time, we cant imagine ourselves with someone else. hmm

    such is life. whatever it is, i pray for the best for the both you, iA :)
    fadhillahbakren said...
    nue, tolong ah kalau jadi journalist ke writer dekat ape2 magazine ke sambil2 ko keja tu kan. Aku baca nue, aku baca. HAHA..

    Aku doakan wey korang 2 orang insyaAllah.

    ;)
    dylasham said...
    Well said. :)
    irvingtan said...
    "Bila dok fikir, aku rasa bila niat kahwin tu tak betul, itulah yang buat rumahtangga jadi tak tentu arah. Semua kahwin sebab tak tahan, sebab nak tutup mulut saudara mara, sebab nak ikut arus semasa, sebab dah lama sangat couple, sebab nak 'buat'."

    Exactly. And it's dumb, isn't it?
    Nanue said...
    Awin: Ameen :) Episod kedua apa ni Win? Kawe dok pehe

    Diy: Spot on! I hate having conversations with my head. Heart and head, they often argue. Thanks for the doa, I will do the same for you too :)

    Yoke: Whatttt? Journalist? NO WAYYYYY hahahaha :P Tak berbakat langsung! But thanks for the doa, aku pun doakan yg baik2 untuk kau.

    Dyla: Thanks Dyla :)

    Irving: Tau takpe, so dumb yet so true =.=
    suzz said...
    Hi Ina,

    Talking about settling down nih..memang penuh what if he..what if I...what if us..mcm2 what if lah..

    When I was single, I pun macam tu. In fact, sebab went thru heartache yg sgt2 aching, I was almost certain nak remain single sampai bila2. Tapi Allah ada perancangan yg lebih baik rupanya. So sebenarnya, bila tiba masanya, Allah akan bukakan hati kita, ntah macam mana kita akan jadi bersedia dan terberkahwin la kita.Jadi the uncertainty, the unreadiness whatsoever to memang common actually.Its just a matter of time.

    Duration of courting, dating, berkepit smua tuh doesn't count actually. Bila dah kawin, masa tu kita akan betul2 kenal our other half. I have friends, bercinta bagai nak rak for 10 years, tapi bila dah kawin, mcm baru kenal je. Perangai masa bercinta tuh, 5% je valid. Selagi belum bernikah, belum berkongsi tanggungjawab, masa tu kita takkan kenal pasangan kita sebenarnya.

    All I am saying, banyak2 berdoa padaNya smoga dipertemukan yg terbaik utk diri kita dan mudah-mudahan diberikan keberkatan dalam future rumahtangga.

    In the mean time, live life to the fullest and most important, spend as much time as possible with your family :)

    Praying the best for you :)

    -Kak Su-
    farah_hanani said...
    My friend forwarded me with an excellent article. Agak panjang but i think somehow resonateswith the opinion of your friend suzz. the idea that apa2 je yang happen sebelum kahwin, memang tak relevan langsung sebenarnya. The challenge is after kahwin. And we all have reason to worry,since yelah, tanggungjawab besar. but in end of the day what i got from the article is 2 things;

    1) Niat kahwin kene betul
    2) Importance of work in a marriage and bukan biar/lepas tangan je. Itu yang penting lol.

    http://alternativeentertainment.wordpress.com/2008/11/25/whats-love-got-to-do-with-it-2/
    farah_hanani said...
    anyway that article is perhaps way out of topic lol and only directed to muslims i think.

    I just like that article.

Post a Comment



Newer Post Older Post Home