Hai Fana.
Post ini adalah dedikasi saya kepada Fana setelah saya tak berjaya buzz dia kat YM kerana dia poyo taknak online dahla saya ni jarang gila nak nampak muka saya kat YM jadi ketidak layanan Fana kepada saya adalah tak wajar ye. Dia maybe tidur, ataupun tgh sibuk tgk manga anime dan seangkatan dengannya. Beberapa hari lepas dia ada suruh saya tulis perkara perkara yang saya sarankan buat jika berada di Europe. Oh saya memang tak study di sana ataupun pergi sana setiap bulan tapi sebagai kawan dia yang paling dah pernah pergi Europe (adakah ini berbaur riak?) saya rasa apa salahnya kan menulis untuk dia dan bagi cadangan tentang Europe.
1.Makan gelato di San Crispino, Rome.OK gelato kat sini adalah gelato paling unggul abad ini. Telah disahkan sebagai gelato terbaik di Rome. Dila telah menghampakan saya kerana tak jumpa kedai ini, sobsobsob sampai hati awak Dila sobsobsob jadi Fana sila jangan hampakan saya dan jumpalah kedai ini please. Terletak berhampiran Fontana di Trevi ataupun Trevi Fountain. Pastu saya sarankan anda makan perisa raspberry dan yogurt. Lepas tu makan depan kedai sampai habis dan jangan lari jauh jauh lagi sebab gelato dia sedap sangat, anda mesti akan nak beli lagi satu. Kitorang tahun lepas makan sambil jalan pastu sedap sangat menyesal tak beli lagi satu sebab kedai tu pun dah jauh dari kami, nak cari pun dah susah. Dahlah tak sempat ambil gambar sebab makan laju laju sebab sedap sangat! Jadi, sila lah pergi kedai ini dan beli gelato dia. Jangan terkejut kalau abang tu cakap xie xie sebab tahun lepas dia cakap xie xie kat saya, padahal dengan terang dan nyata kulit saya tanned, mustahil saya orang Chinese tapi takpe bang, saya terima. Inilah rupa kedai itu. Pintu dia kecil, jadi senang untuk terlepas pandang. Terima kasih En Google untuk gambar ini.
2. Makan seafood pasta di Venice.
Sedap gila ok pasta kat Venice! Cakap je dengan abang tu jangan letak wine atau any alcoholic ingredients dalam menu. Nasib baik chef dia memahami. Sumpah sedap gila ok. Mase makan tu rase nak menangis sebab setiap suapan mendekati penghabisan. Hm, betul sedap ok! Boleh juga try pizza dia tapi takdelah sesedap yang digembar gemburkan. Biasa je. Boleh skip. Seafood pasta jgn skip. Nanti saya kecewa. Gambar di bawah adalah pasta yang saya lantak setahun lepas sekitar Piazza San Marco, Venice.
3. Makan saje semua pastries yang terasa nak di Paris atau Austria
OK ketika saya berada di Austria, saya telah pergi ke Swarovski store paling besar dalam dunia, ada 3 tingkat. Dekat jalan area sana ada satu patisserie yang meriah, sila singgah dan makanlah kek ini yang saya sudah lupa nama dia. Sedap jugak. Lepas tu cubalah croissant di Paris. 1 euro je tapi that will probably be the best 1 euro=2CAD you ever spent in the history of human kind. Dengan buttery nye, lemak nye, memang out of par from Tim Horton's punya croissant ok! Also, tiramisu! Tiramisu SEDAAAAAAP saya makan di Florence dekat satu coffee shop ni. Tapi saya nak kamu cuba semua ni ok. OK? Bawah ni tiramisu saya makan di Florence, semasa hujan. Sekali dengan hot chocolate dan croissant. Gambar croissant saya tak ambil pula :)
Post ni ada 2 bahagian sebab Blogspot macam &*$^(@&#@. Terpaksa pecah kepada dua
2 Comments:
-
- Unknown said...
July 14, 2010 at 7:24 PMhuhuuuuuuuuu.... sedih juga tak jumpa. mungkin terlepas pandang. sebab nampak arae2 tu memang banyak jual gelato. tapi tak mencuba satu pun yang ade. mungkin kekenyangan agaknya time tu. :p- Nanue said...
July 16, 2010 at 2:56 PMEh takpe cik Dila kat Ottawa pun ade gelato yg sedap jugak kat Pure Gelato, dalam Sugar Mountain sebelah Rideau Centre atau kat Truffle Treasure along Bank St. SEDAAAAPPP tapi of course Italian gelatos are the best!